1.
Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa
yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang
senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa
yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
AS
7. Tidaklah
seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah
(tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia
bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman
dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti
darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah
selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari
‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan
menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang
taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang
taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan
puasanya)
15. ‘Aisyah
r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula
berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang
wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan
(Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka
pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000
tahun).
18. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita
yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita
yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika
wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita
yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.
30. Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila
seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan
baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan
segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya,
dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang
wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak
soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu
syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana
wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia
pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya
kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap
kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada
suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak,
Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas
kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu
melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya
dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat
Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti
untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka
diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit
Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah
matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan
makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya
selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka
diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya
yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan
itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada
suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”.
Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada
pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada
suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan di doa'kan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat
roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka,
jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya,
Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat.”
48. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran
sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak
helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi
SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut
suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan
dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita
yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang
akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya (menjaga aurat)
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, jika engkau memerintah di ta'atinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah
SAW bersabda bahawa, “Allah telah memberikan sifat iri (cemburu) untuk
wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya
dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang
menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya
menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.
No comments:
Post a Comment